Khemah rakyat Gaza dilanda banjir, diterbangkan angin

Khemah rakyat Gaza dilanda banjir, diterbangkan angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Puluhan khemah yang menempatkan keluarga Palestin dinaiki air di kawasan al-Mawasi, Khan Younis di selatan Gaza, menurut Jabatan Pertahanan Awam semalam.

Untuk hari ketiga berturut-turut, Gaza berdepan cuaca buruk disertai udara sejuk, hujan lebat dan angin kencang, dengan ramalan meteorologi menjangkakan keadaan kembali reda menjelang malam Ahad.

Angin kencang menyebabkan ribuan khemah roboh dan diterbangkan, menyebabkan penduduk terpaksa tinggal di jalanan dan mencari perlindungan di dalam bangunan rosak.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Pertahanan Awam Gaza kembali memberi amaran mengenai risiko bangunan yang musnah dan tidak stabil serta berisiko runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang.

“Kami merekodkan bencana berskala besar yang disebabkan ribut melanda Gaza di tengah kemusnahan dilakukan Israel sepanjang dua tahun pembunuhan beramai-ramai,” kata jurucakap Mahmoud Basal.

Beliau menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengambil tanggungjawab dan memberikan bantuan segera kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Setiap detik yang berlalu membawa lebih banyak bahaya dan penderitaan kepada rakyat Palestin,” katanya.

Menurut Pejabat Media Gaza, 1.5 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal dan hidup dalam keadaan daif dengan akses keperluan asas dan perkhidmatan penting yang sangat terhad akibat sekatan berterusan Israel.

Sejak Oktober 2023, Israel membunuh lebih 69,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dalam serangan di Gaza dan meranapkan kawasan itu menjadi runtuhan.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN