Kerajaan negeri aktifkan PKOB selaras pengurusan banjir - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri aktifkan PKOB selaras pengurusan banjir

KAWASAN Arau menjadi lokasi terbaharu yang terjejas dengan banjir dan kebanyakan jalan tidak dapat dilalui kenderaan ringan berikutan kenaikan paras air mendadak.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diaktifkan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir melanda negeri ini.

Pengaktifan PKOB diputuskan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Rahimi Ismail semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Negeri.

Rahimi berkata, tujuan pengaktifan PKOB itu adalah untuk mengkoordinasi, memantau operasi menyelamat dan pengurusan banjir di ini dari aspek keperluan logistik, mengatur gerak pasukan penyelamat serta lain-lain keperluan.

“PKOB yang beroperasi 24 jam setiap hari akan memantau dan menyediakan laporan terkini situasi banjir di seluruh Perlis sebagai rujukan semua. Amaran bencana seperti hujan berterusan dan banjir akan disampaikan kepada semua agensi tindak balas berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Katanya, mangsa yang terlibat dengan banjir ketika ini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tujuan penyelarasan bantuan.

“Kerajaan Negeri turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan pengumuman melalui media massa dan mengikut arahan untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian.

Dalam pada itu, mana-mana pihak ingin berhubung dengan PKOB boleh berbuat demikian menerusi talian 04-9738982 atau di talian 04-9738906 dan beroperasi di Aras 4, Blok Fasiliti, Pusat Pentadbiran Kerajaan negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN