Kelantan buka 17 kertas siasatan berkaitan LGBT

Kelantan buka 17 kertas siasatan berkaitan LGBT

MOHD. Asri Mat Daud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah membuka 17 kertas siasatan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini sehingga November tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd. Asri Mat Daud berkata, ia melibatkan kes berbentuk perlakuan melibatkan pemakaian pakaian wanita oleh lelaki dan wanita berpakaian seperti lelaki.

“Perbuatan ini (berpakaian menyerupai jantina bertentangan) merupakan kes paling banyak direkodkan sepanjang tahun ini. Kes yang diterima ini bukan semua terus kepada tindakan undang-undang.

“Sebaliknya kita ambil pendekatan kaunseling dan bimbingan bagi membantu mereka kembali kepada fitrah,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri memberitahu, pihaknya menerusi agensi berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) akan terus memantau perkembangan isu berkenaan.

Katanya, hal ini bagi memastikan setiap individu diberi ruang untuk diperbetulkan melalui pendekatan dakwah dan kasih sayang.

“Sejak tahun 2017 lalu, Kerajaan Kelantan sentiasa mendekati golongan LGBT melalui pendekatan dakwah berterusan antaranya tafsir al-Quran yang dianjurkan bersama Jaheaik, Pusat Khidmat Keluarga dan Sosial Komuniti Mawaddah Center dengan kerjasama pertubuhan SAHABAT.

“Kerajaan negeri turut melatih fasilitator agar mampu berkomunikasi dengan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk LGBT dan generasi muda (Gen Z),” ujarnya.

Mohd. Asri berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut mengeluarkan khutbah khas bertajuk LGBT yang dibacakan di seluruh masjid negeri pada 8 Ogos lalu sebagai kesinambungan kepada usaha dakwah yang dilaksanakan sebelum ini.

“Seramai 20 individu daripada golongan LGBT telah terlibat dalam program berkenaan yang bermula dengan pembelajaran muqaddam sebelum berjaya menamatkan tafsir al-Quran sepenuhnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN