Kartel dadah didedah PM berada dalam radar polis

Kartel dadah didedah PM berada dalam radar polis

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kartel dadah besar yang menyeludup masuk dadah ke negara ini sejak 20 tahun lalu seperti didedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berada dalam radar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi menumpaskan kegiatan itu.

Katanya, pihak berkuasa Aus­tralia juga akan menuduh seorang suspek di sana yang terlibat dengan sindiket berkenaan.

“JSJN mempunyai maklumat berkaitan kartel ini dan sudah berada dalam radar PDRM. Operasi juga sudah dijalankan dan ada yang dalam tindakan bagi membanteras penyeludupan dadah.

“JSJN juga menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa Australia daripada segi membekalkan hasil siasatan termasuk berkongsi laporan forensik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Perdana Menteri mendedahkan, kartel terbesar didakwa beroperasi secara bebas tanpa diambil sebarang tindakan sejak 20 tahun lalu.

Anwar berkata, beliau telah menunggu hampir setahun selepas menjadi Perdana Menteri, namun tiada sebarang laporan diterima mengenai kartel yang membawa dadah menerusi kontena.

Beliau pernah membangkitkan persoalan berkenaan kepada agensi yang bertanggungjawab ekoran keluhan ramai orang mengenai perkara itu.

Hussein berkata, penyeludupan dadah menggunakan kontena merupakan kaedah lama, namun masih digunakan sindiket sehingga kini.

Jelasnya, pihaknya bekerjasama dengan JDKM, AKPS serta pihak berkuasa pelabuhan serta penguat kuasa negara lain di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN