Kampung Angkat NAHRIM ketengah aspek Madani

Kampung Angkat NAHRIM ketengah aspek Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani di bawah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) disifatkan sebagai pelengkap dalam memastikan projek yang memberi manfaat berkaitan kemudahan dan aktiviti sosio-ekonomi penduduk dilaksanakan lebih berkesan.

Ketua Pengarah NAHRIM, Datuk Mohd. Zaki Mat Amin berkata, projek tersebut dilaksanakan dengan berteraskan enam nilai teras Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Katanya, antara inisiatif yang telah dilaksanakan NAHRIM di bawah program ini termasuklah menaiktaraf dan baikpulih infrastruktur awam, jalan desa, kemudahan sukan, masjid, surau, tanah perkuburan serta membangunkan sistem bekalan air alternatif di kawasan kampung.

“Besar harapan saya agar program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah melalui inisiatif yang dilaksanakan, terutamanya dengan kerjasama yang lebih erat bersama pihak PIBG, ibu bapa dan masyarakat sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Penutup dan Serahan Program Kampung Angkat MADANI (KAM), NAHRIM di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diadakan di Kampung Bukit dan Kampung Tayor Tengah, Ulu Nerus, Setiu, Terengganu.

Dalam pada itu, Mohd. Zaki berkata, peluang ini turut memberi manfaat kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung selaku sekolah angkat bagi menggalakkan pembabitan dan pendedahan murid-murid dengan kemajuan teknologi terkini dalam era digital sektor air bagi mendepani cabaran akan datang.

Pelbagai aktiviit turut diadakan dalam program yang diketuai Mohd. Zaki berkenaan antaranya sesi lawatan dan pemeriksaan projek dan kerja baik pulih jalan, naik taraf kemudahan awam kampung, pembangunan sistem air hibrid NAHRIM dan pembekalan keperluan berkaitan.

Selain itu, projek kerjasama bersama beberapa jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung meliputi projek naik taraf sistem bekalan air alternatif, fasiliti sukan dan van jenazah untuk kegunaan warga kampung turut dimuktamadkan.

Mohd. Zaki turut menyempurnakan Majlis Penutup dan Serahan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) pada 2 November lalu di SK Durian Burung, Kuala Terengganu bersama Yang Di-Pertua, PIBG Azizah Mahmood dan Guru Besar SK Durian Burung, Rashidi Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN