GEORGE TOWN: Usia bukan penghalang untuk mencapai impian. Ia dibuktikan oleh Dr. Ng Jet Kwan, 57, apabila melakar sejarah menjadi graduan Ijazah Doktor Perubatan (MD) tertua di Malaysia pada Upacara Konvokesyen Ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM), semalam. Dr. Ng atau mesra disapa sebagai Uncle Jet berkata, dia bercita-cita untuk menjadi doktor sejak kecil, namun, hasrat untuk menyambung pengajian pada awal 90-an tersekat disebabkan peluang terhad kerana hanya terdapat empat institusi…










