Gagal rompak kedai emas, lelaki tembak diri sendiri elak ditangkap

Gagal rompak kedai emas, lelaki tembak diri sendiri elak ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki Thailand sanggup menembak diri sendiri di sebuah kedai emas di wilayah Isaan, Udon Thani, bagi mengelak tindakan undang-undang selepas gagal merompak wang tunai berjumlah 200,000 baht (RM25,409) daripada pemilik premis tersebut.

Pemilik kedai emas di Pasar Wua Kong, di daerah Ban Lueam, melaporkan cubaan rompakan dan kejadian bunuh diri kepada polis sekitar pukul 5 petang semalam.

Sebaik tiba di lokasi, polis menemukan mayat suspek, Sakda Yotsuwan, di hadapan kaunter.

Dia mengalami dua kesan tembakan, dengan sepucuk pistol 9 milimeter ditemukan berhampiran mayatnya.

Pemilik kedai memberitahu polis suspek tiba dengan menaiki sebuah trak pikap Mitsubishi Triton berwarna putih bernombor pendaftaran dari wilayah Chanthaburi.

Dia masuk ke kedai dan mendakwa ingin menggadaikan seutas rantai emas.

Selepas memeriksa rantai tersebut, pemilik kedai memaklumkan kepada suspek rantai tersebut palsu dan tidak boleh diterima, sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan pistol dan menuntut wang tunai sebanyak 200,000 baht.

Pemilik kedai berpura-pura bersetuju dan berkata akan mengambil wang itu dari bahagian belakang kedai.

Namun, dia kembali dengan senjatanya sendiri, menyebabkan berlaku insiden berbalas tembakan.

Pemilik kedai mengakui menembak suspek sekali di bahagian bahu.

Dia kemudian mengunci pintu hadapan untuk menghalang suspek daripada melarikan diri, namun Sakda menembak dirinya sendiri di kepala, menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Polis kini meneliti rakaman kamera keselamatan di dalam dan sekitar kedai, serta mengumpul bukti di lokasi bagi melengkapkan siasatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN