DUN Selangor: Lebih separuh penerima zakat bukan lahir di Selangor

DUN Selangor: Lebih separuh penerima zakat bukan lahir di Selangor

Hina Sultan Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 60 peratus penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak berasal dari negeri ini.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan tentang kadar kemiskinan dan perancangan kerajaan negeri bagi menangani masalah tersebut.

Beliau berkata, antara penerima-penerima bantuan daripada badan baitulmal itu adalah penduduk yang berasal dari negeri lain termasuk mereka berhijrah dari Pantai Timur.

“Semalam saya apabila merujuk semula rekod-rekod penerima-penerima zakat, semua tidak semuanya adalah rakyat atau mereka yang lahir di negeri ini.

“60 peratus adalah dalam kalangan mereka yang datang dari luar negeri ini. Saya boleh sebutkan negeri jiran antara penerima yang terbesar (ramai), ada lagi 10 peratus dari Pantai Timur dan selebihnya negeri-negeri lain,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan Selangor 2026, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu, kadar kemiskinan relatif Selangor berada antara yang terendah iaitu kedua selepas Pahang dan peratusannya menurun pada 2024 iaitu 8.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Jumlah mereka yang dianggap miskin di Selangor pada 2024 menurun kepada single digit. Kita adalah dua negeri (Selangor dan Pahang) yang mempunyai kadar kemiskinan relatif yang jauh lebih rendah berbanding negeri lain,” tambahnya.

Amirudin berkata, kerajaan negeri sentiasa mengemas kini dan program-program pembasmian kemiskinan pada setiap enam bulan dan mengemas kini data pada setiap bulan yang turut dilakukan oleh LZS.

“Saya dengar ucapan daripada Batang Kali (perbahasan), ‘ini realiti, realiti, realitinya’. Itu angka yang jelas, cubaan kita setiap enam bulan dan data kita kemaskini setiap bulan dan LZS begitu mengambil masanya sehabis baik.

“Itulah bebanan atau tanggungjawab yang harus dipikul sesuai dengan kerancakan ekonomi, orang berhijrah dan jumlah penduduk yang meningkat dan akhirnya kita juga menangani isu-isu kemiskinan supaya ia ditangani,” ujarnya.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 350,000 penduduk menerima pelbagai jenis bantuan zakat daripada LZS. Pada tahun ini lebih 70,000 ketua keluarga yang terdiri daripada asnaf, fakir, miskin dan mualaf didaftarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN