PETALING JAYA: Dua wanita tempatan ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai wakil persatuan bekas polis bagi tujuan mendapatkan sumbangan kewangan daripada orang awam di Batu 39, Kuala Lumpur menghala ke Tanjung Malim pada Sabtu lalu. Polis menerima laporan kira-kira pukul 5.54 petang semalam daripada seorang lelaki tempatan yang menjalankan perniagaan besi buruk di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pengadu memaklumkan telah didatangi dua individu wanita…

								
											








