Cadangan Demokrat gagal 'tundukkan' Republikan

Cadangan Demokrat gagal ‘tundukkan’ Republikan

SEORANG lelaki berjalan berhampiran bahagian Senat di Bangunan Capitol AS di Washington, DC.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Republikan menolak cadangan yang dikemukakan pemimpin Demokrat Senat, Chuck Schumer, untuk menamatkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Cadangan itu menawarkan lanjutan kredit cukai selama setahun di bawah Akta Penjagaan Mampu Milik (ACA) sebagai pertukaran kepada kelulusan semula pembiayaan kerajaan.

Schumer berkata, langkah tersebut akan membolehkan rang undang-undang segera diluluskan bagi menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan.

“Demokrat bersedia membuka jalan untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan kerajaan yang merangkumi kemampuan kos penjagaan kesihatan dengan cepat.

“Pemimpin Thune hanya perlu menambah lanjutan bersih kredit cukai ACA selama setahun ke dalam resolusi sementara supaya kita dapat segera menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan,” katanya di dewan Senat, kelmarin.

Beliau juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa bipartisan untuk meneruskan rundingan selepas kerajaan dibuka semula, dengan tujuan memastikan kos penjagaan kesihatan lebih mampu milik menjelang tempoh pendaftaran tahun depan.

Namun, Republikan menegaskan kerajaan tidak boleh membincangkan subsidi penjagaan kesihatan sehingga Kongres meluluskan rang undang-undang pembiayaan terlebih dahulu.

Kebuntuan itu menyukarkan penyelesaian segera, kerana Demokrat menekankan sebarang pembiayaan kerajaan mesti termasuk perlindungan untuk 24 juta rakyat Amerika yang layak menerima subsidi ACA, yang bakal tamat hujung tahun ini.

Penutupan kerajaan kini menjejaskan kira-kira 750,000 pekerja persekutuan, memaksa ribuan lagi bekerja tanpa gaji, serta menghentikan bantuan makanan dan subsidi pendidikan awal seperti Head Start, melibatkan jutaan rakyat termasuk kanak-kanak.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN