SUBANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi sekiranya kerajaan memutuskan untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, Malaysia sentiasa komited terhadap usaha keamanan sejagat dan bersedia digerakkan sebaik sahaja mandat rasmi diterima daripada PBB. “ATM telah menyediakan beberapa opsyen penghantaran, sama ada misi berbentuk pure mechanized sepenuhnya atau digabungkan dengan elemen…










