PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai perkembangan terbaharu ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand. Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan kestabilan rantau Asia Tenggara, susulan persetujuan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog serta saluran diplomatik sebagai kaedah penyelesaian terbaik. Katanya, kedua-dua negara telah pun mengundurkan ketumbukan tentera dari kawasan sempadan, selaras dengan pendekatan yang dipersetujui…










