Dua IPT Johan Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif

AKRI 2025: UTeM, UTP Johan Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif

ZAMBRY Abd Kadir (empat kiri) menyampaikan Anugerah Khas Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif kepada Dr Dzeti Farhah Mohshim (empat kanan) dari Universiti Teknologi Petronas pada Majlis Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi : Reka Bentuk Kurikulum Penyampaian Inovatif (AKRI) 2025 di Hotel Everly, Putrajaya baru-baru ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2025 melakar sejarah tersendiri apabila mengangkat dua institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagai johan bagi Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif, iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan kedua-dua universiti berkenaan membangunkan kurikulum berinovatif, bersifat holistik serta selari dengan keperluan industri semasa, sekali gus
membuktikan keberkesanan dalam melahirkan graduan berdaya saing.

Pada majlis yang mengumpulkan ramai pakar akademik dari pelbagai universiti itu, program Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) Dengan Kepujian daripada UTeM dan
program Sarjana Sains Kejuruteraan Penggerudian daripada UTP diumumkan sebagai dua program terbaik yang berjaya menampilkan reka bentuk kurikulum paling inovatif.
Ketua Program Sarjana Sains Kejuruteraan Penggerudian, Jabatan Kejuruteraan Petroleum UTP, Dr. Dzeti Farhah Mohshim berkata, kemenangan itu dianggap sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan unik dan kolaborasi intensif bersama pihak industri yang diterapkan dalam program berkenaan sejak diperkenalkan pada 2015.

Beliau menyifatkan kejayaan yang diraih itu bukan hasil kerja individu, sebaliknya kejayaan satu pasukan bersama sokongan padu pihak universiti dan industri.

“Program ini bermula pada 2015 dan kini sudah masuk kohort kesepuluh. Ia satu-satunya program kejuruteraan penggerudian seumpamanya di rantau Asia Tenggara. Saya sangat berbangga
kerana kolaborasi erat dengan industri telah menjadikan kurikulum ini cukup kukuh dan menjadi penanda aras kepada program lain.

“Cabarannya juga memang besar, terutamanya untuk mendapatkan masa dan kerjasama daripada pihak industri. Tetapi dengan sokongan mereka dari pelbagai aspek, termasuk
perkongsian tenaga pakar dan peralatan, program ini mampu terus berkembang,” katanya ketika ditemui Utusan Pelajar di sini, baru-baru ini.

Penganjuran AKRI merupakan sebahagian daripada program Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung pada 4 hingga 8
November lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

AKRI 2025 menyaksikan pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil berjumlah, RM10,000 bagi johan, RM5,000 bagi naib johan dan tempat ketiga
membawa pulang hadiah berjumlah RM3,000.

Program Pengajian Inovatif industri penggerudian, menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan,” katanya.

Tambahnya, setakat ini kadar kebolehpasaran graduan mencecah 95 peratus dalam tempoh tiga bulan selepas tamat pengajian dengan sekitar 300 graduan
telah dilahirkan sejak program itu bermula. menyemarakkan pembudayaan pendekatan dan budaya baharu dalam usaha memikirkan dan mereka bentuk pendidikan tinggi
Malaysia dalam kalangan ahli akademik atau IPT, atas initiatif mereka sendiri selaras dengan dasar dan aspirasi KPT.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dengan diiringi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud; Ketua Setiausaha KPT,
Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.

Mengulas lanjut, Dzeti Farhah berkata, UTP terus membuktikan komitmennya dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi menerusi kurikulum yang inovatif, praktikal dan selari dengan kehendak industri semasa.

Jelasnya, kekuatan utama program itu ialah penyertaan langsung industri dalam pengajaran dan penyediaan latihan praktikal kepada pelajar, menjadikan graduan bersedia untuk menyertai pasaran kerja sejurus tamat pengajian.

“Antara komponen penting adalah 0latihan praktikal, projek industri, serta tenaga pengajar yang diambil terus daripada industri. Graduan kami juga diberi akses kepada peralatan
sebenar yang digunakan dalam program ini memang mencabar kerana ia melibatkan bidang tenaga bawah permukaan yang sangat kompleks.

Namun, saya bangga kerana pelajar kami berjaya menguasainya dan mendapat tempat dalam industri,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM, Ts. Dr. Hamzah Asyrani Sulaiman berkata, pengiktirafan yang diberikan itu menjadi bukti terhadap kekuatan
dan keberkesanan kurikulum yang telah dibangunkan selama lebih 20 tahun, sekali gus menjadikan UTeM antara peneraju utama dalam pendidikan teknologi kreatif dan media interaktif di negara ini.

Jelas beliau, kejayaan itu juga adalah hasil usaha kolektif jabatan yang berjaya mengekalkan kekuatan struktur asal program sejak ia mula ditawarkan pada 2001.

“Ini satu kemenangan besar bagi fakulti kami dan membuktikan kurikulum yang kami bangunkan mampu bersaing di peringkat tertinggi. Reka bentuk asal kurikulum
ini telah dibuat kira-kira 25 tahun lalu dan kami terus tambah baik tanpa menukar struktur terasnya.

Visi pembelajaran fleksibel itu telah diterapkan sejak dari awal lagi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai struktur program berkenaan, Hamzah berkata, program Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) menawarkan tempoh pengajian selama tiga tahun setengah, merangkumi tujuh semester, termasuk latihan industri di akhir pengajian.

Menurutnya, kekuatan utama program ini terletak pada reka bentuk kurikulum yang menggabungkan aspek teknikal dan kreatif secara seimbang.

“Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan subjek pengaturcaraan dan sains komputer, malah mereka turut belajar elemen multimedia, animasi, grafik, permainan digital dan motion
graphics.

Gabungan ini melahirkan graduan yang holistik dan cukup pakej untuk industri,” katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa antara pendekatan unik dalam program itu ialah pelaksanaan projek
capstone dan bengkel praktikal yang memfokus kepada kandungan interaktif serta pembangunan projek sebenar.

Selain itu, katanya, kadar kebolehpasaran graduan program tersebut mencecah sehingga 98 peratus, menunjukkan tahap penerimaan industri terhadap pelajar yang dihasilkan.

Dalam pada itu, menerusi ucapannya, Zambry menegaskan bahawa kurikulum universiti perlu melalui anjakan paradigma ke arah  pendekatan yang lebih fleksibel, modular dan terbuka agar kekal relevan dalam memenuhi keperluan masa depan.

Menurutnya, peranan badan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) amat penting dalam membuka ruang kepada program baharu seperti micro-credentials yang menepati kehendak semasa
industri.

Beliau turut mengingatkan agar pendekatan reka bentuk kurikulum tidak bersifat kaku dan terlalu terikat dengan model lama, sebaliknya bersedia menerima idea dan pelaksanaan baharu.

“Tapi kita perlu ada pendekatan pendekatan yang baharu ini, lebih fleksibel, kurikulum yang bersifat outcome-based, bukan hanya asalkan kita boleh buat kurikulum,
menawarkan program-program asalkan kita boleh buat, kita buat.” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN