AGC kembalikan kertas siasatan kes kematian murid tahun empat

AGC kembalikan kertas siasatan kes kematian murid tahun empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pejabat Peguam Negara (AGC) telah memulangkan semula kertas siasatan membabitkan kematian seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan,

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, terdapat arahan terbaharu yang perlu diambil tindakan sebelum kertas siasatan dikembalikan semula kepada Peguam Negara.

“Memandangkan kertas siasatan masih dalam proses dilengkapkan sepenuhnya, mana mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PDRM akan memaklumkan keputusan siasatan sebaik sahaja mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara.

Sebelum ini media melaporkan, seorang murid lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Seremban sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Oktober lalu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain dikesan pada tubuh mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×