KUALA LUMPUR: Rayuan kecacatan terhadap alasan penghakiman berhubung hak 40 peratus hasil Sabah dibuat bagi mengelakkan tanggapan bahawa kerajaan Persekutuan sejak tahun 1974 bertindak di luar Perlembagaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan dalam alasan penghakiman pada 17 Oktober lalu didapati boleh menimbulkan salah faham terhadap pentadbiran terdahulu. “Kita tidak merayu keputusan berhubung 40 peratus hasil itu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan. Namun perlu memfailkan rayuan terhadap alasan…









