Tujuh beradik sifatkan perkahwinan diraja unik, bersejarah

Tujuh beradik sifatkan perkahwinan diraja unik, bersejarah

Perkahwinan diraja
HAWA Isa (tengah) adik beradiknya bergambar bersama selepas menyaksikan istiadat perarakan diraja sempena Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz di pekarangan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tujuh beradik antara lebih 3,000 pengunjung membanjiri pekarangan Jalan Istana di hadapan Galeri Diraja Abdul Aziz bagi menyaksikan perarakan diraja sempena Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menurut Hawa Isa, 43, dia bersama lima kakak dan adik perempuannya sememangnya merancang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut sejak baginda diumum melangsungkan perkahwinannya di Istana Alam Shah, hari ini.

Menurutnya, perkahwinan diraja khususnya di negeri ini adalah peristiwa penting dan bersejarah, malah ia bukanlah sesuatu yang berlaku pada setiap tahun.

“Kami tiba di galeri diraja pukul 7.30 pagi tadi dan berkumpul di sana dan terus beratur di barisan hadapan untuk menyaksikan perarakan.

“Bukan setakat rasa seronok, tetapi kami bangga dapat menyaksikan peristiwa penting dalam lipatan sejarah Kesultanan Melayu Selangor apabila Raja Muda Selangor melangsungkan perkahwinan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, lebih 3,000 pengunjung menyaksikan perarakan diraja Tengku Amir Shah sempena Istiadat Perkahwinan Diraja antara baginda dengan Cik Afzaa Fadini di Jalan Istana menuju ke Istana Alam Shah.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Gan Yin Chin, 48, juga melahirkan keterujaan sama apabila melihat perarakan tersebut yang disifatkannya sebagai unik dan penuh tertib.

“Ia nampak meriah, perarakan disertai oleh jejawat yang membawa tombak, lembing dan payung. Kemudian, ada kumpulan kompang. Ia sangat unik dan menunjukkan budaya dan seni dalam Kesultanan Selangor.

“Tak apalah saya masuk kerja lambat sedikit, peristiwa itu pun bukan berlaku setiap tahun. Rugi kalau tak tengok,” seloroh pekerja kilang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN