GAZA: Dua utusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berlepas ke Mesir pada Sabtu bagi membincangkan pembebasan tebusan di Gaza selepas Hamas mengumumkan persetujuan terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Trump, sementara tentera Israel meneruskan serangan maut di seluruh wilayah itu. Menurut pegawai Rumah Putih, menantu Trump, Jared Kushner bersama utusan khas, Steve Witkoff dijangka memuktamadkan butiran teknikal berkaitan pembebasan tebusan serta membincangkan pelan perdamaian yang bertujuan menamatkan perang hampir…










