Trump anjur meja bulat burukkan media sokong Antifa

Trump anjur meja bulat burukkan media sokong Antifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengadakan perbincangan meja bulat dengan pencipta kandungan sayap kanan di Rumah Putih kelmarin, menggesa mereka menamakan dan memalukan penyokong Antifa.

Pertemuan itu sepatutnya memberi peluang kepada ‘wartawan bebas’ berkongsi pengalaman mereka mengenai gerakan antifasis yang didakwa pentadbiran Trump menghasut keganasan terhadap golongan konservatif.

Bagaimanapun, perbincangan itu kebanyakannya digunakan untuk menyerang media arus perdana, dengan Trump dan tetamunya menyalahkan mereka atas peningkatan ketegangan antara aktivis antifasis kiri serta kumpulan sayap kanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa mereka (Antifa) bekerjasama dengan beberapa media,” kata Trump semasa sesi meja bulat yang turut dihadiri Setiausaha Negara, Marco Rubio dan pegawai pentadbiran lain.

Presiden AS itu baru-baru ini mengklasifikasikan Antifa, singkatan bagi antifasis, sebagai kumpulan pengganas, walaupun ia tidak berstruktur dan tiada pemimpin serta berjanji untuk membubarkannya.

Trump yang sebelum ini memfailkan beberapa tuntutan terhadap media, turut menyifatkan MSNBC sebagai ‘sakit’, manakala mengutuk ABC serta NBC sangat teruk.

Beliau kini bergantung kepada pengaruh media sosial dan podcaster untuk menyebarkan pandangannya semasa kempen pemilihan semula.

Setelah kembali ke Rumah Putih, beliau meningkatkan serangan terhadap media arus perdana, sering menuduh saluran berita sebagai palsu dan musuh rakyat, ketika kepercayaan awal terhadap media berada pada tahap terendah.

Trump juga mengecualikan beberapa saluran berita utama daripada liputan rasmi dan mencadangkan lesen stesen televisyen yang mengkritik dasar beliau dibatalkan.

Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika, sebuah pertubuhan hak asasi, menuduh pentadbiran Trump melakukan tindakan autokratik terhadap media, menyamakan serangan ke atas pihak lawan dengan Red Scare pada 1940-an dan 1950-an di bawah Senator Joseph McCarthy.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×