REMBAU: Beribu-ribu trak membawa bantuan kemanusian termasuk dari Malaysia sedang menunggu giliran untuk masuk ke Gaza selepas gencatan senjata diumumkan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan sedia ada itu sudah terlalu lama tersekat susulan tindakan Israel mengepung Gaza serta menyekat segala bantuan kemanusian untuk masuk. Menurutnya, walaupun proses gencatan senjata sudah diumumkan, Israel masih belum membenarkan kesemua bantuan kemanusiaan itu dihantar terus ke Gaza serta masih mengenakan had…