PETALING JAYA: Pelaksanaan polisi baharu saman trafik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun hadapan adalah langkah tepat mendidik pemandu agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab di jalan raya. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pelaksanaan saman dikeluarkan kepada semua pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan trafik dan jumlah bayaran akan bergantung kepada tempoh masa bayaran dibuat adalah langkah progresif dalam memperkukuh budaya pemanduan berhemah. Menurutnya,…










