Tentera Israel tendang, tampar aktivis Freedom Flotilla Coalition

Tentera Israel tendang, tampar aktivis Freedom Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Beberapa aktivis yang ditahan semasa konvoi bantuan ke Gaza mengalami penderaan fizikal ketika dalam tahanan Israel, menurut pusat undang-undang Israel pada Khamis.

Rabu lalu, pasukan tentera laut Israel menyerang konvoi sembilan bot Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza untuk memecahkan sekatan haram Israel, dan menahan kira-kira 150 aktivis.

“Beberapa peserta flotilla melaporkan keganasan fizikal, penghinaan dan layanan tidak berperikemanusiaan semasa dalam tahanan, termasuk ditendang, ditampar, ditarik rambut serta dicengkam secara agresif oleh tentera.

“Beberapa aktivis dipaksa berlutut selama berjam-jam dengan kepala menunduk dan tangan diikat, atau duduk di atas lutut untuk tempoh panjang, termasuk di bawah panas matahari.

“Bahkan, mereka juga diejek, dihina dan dipaksa mengulang kenyataan merendahkan diri, termasuk mengisytiharkan kecintaan kepada Israel atau menghina negara sendiri,” menurut kenyataan Pusat Undang-Undang Adalah.

Adalah berkata, prosiding tribunal dijadualkan pada Khamis bagi tiga aktivis yang memiliki kewarganegaraan Israel untuk hadir ke mahkamah Ashkelon.

Adalah memberitahu, peguamnya berada di Penjara Ktzi’ot di Negev, tempat aktivis ditahan untuk menghadiri prosiding dan menuntut akses kepada lima peserta lagi daripada Global Sumud Flotilla (GSF), konvoi bantuan antarabangsa yng diserang Israel minggu lalu.

Israel, sebagai kuasa penjajah, sebelum ini menyerang beberapa kapal yang menuju ke Gaza, merampas kargo mereka dan menghantar pulang aktivis di atas kapal.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN