KUALA PILAH: Tapai pulut daun getah yang dahulunya sering menjadi pencuci mulut di majlis kenduri kini semakin sukar ditemui. Antara sebabnya, tidak ramai lagi yang meneruskan kaedah pembungkusan tradisional menggunakan daun getah. Bagi Rosnah Ishak, 63, dari Kampung Tulang Rimau, Dangi, Johol di sini, keaslian tapai pulut hanya dapat dikekalkan apabila ia dibungkus dengan daun getah sebagaimana resepi turun-temurun arwah ibunya. Katanya, keunikan tapai daun getah terletak pada aromanya yang…