POH: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan sebarang dakwaan tidak tepat berhubung isu sebuah bangunan yang digunakan sebagai surau di Kampung Seri Keramat di sini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, ini kerana bangunan surau tersebut berada di atas tanah milik syarikat pemaju swasta. Katanya, pembinaan bangunan surau tersebut juga dibuat tanpa sebarang permohonan dan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan…