PETALING JAYA: Seramai 18 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Malaya (UM) berpeluang mengikuti program SUKSIS International Educational Visit (SIEV) 2025 di Asan, Korea Selatan, baru-baru ini sebagai usaha memperkukuh jaringan antarabangsa universiti itu. Program pertukaran pelajar jangka pendek yang berlangsung dari 21 hingga 28 September lalu itu turut disertai oleh tiga pegawai kehormat UM yang diadakan di kampus baharu Korean National Police University (KNPU). Timbalan Naib Canselor…










