Selain diseksa, Israel curi organ jenazah rakyat Palestin

Selain diseksa, Israel curi organ jenazah rakyat Palestin

PEKERJA bilik mayat mengangkat jenazah rakyat Palestin yang diserahkan oleh Israel daripada kenderaan Bulan Sabit Merah ke Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pihak berkuasa di Gaza menuduh tentera Israel mencuri organ daripada jenazah rakyat Palestin dan menggesa penubuhan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat ‘jenayah mengerikan’ itu.

Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Thawabta, berkata kebanyakan daripada 120 jenazah yang diserahkan Israel melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa diterima dalam keadaan tragis dan menunjukkan tanda-tanda penyeksaan sistematik.

Beliau berkata, sebahagian daripada mayat itu dikembalikan dengan mata ditutup dan diikat tangan serta kaki, manakala yang lain menunjukkan tanda-tanda dicekik atau pembunuhan sengaja.

“Beberapa bahagian mayat hilang, termasuk mata, kornea dan organ lain, membuktikan tentera Israel mencuri organ manusia,” katanya sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘jenayah kejam’.

Justeru, Ismail mendesak masyarakat antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia untuk segera menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi mendakwa Israel atas pelanggaran serius terhadap jenazah rakyat Palestin.

Tentera Israel setakat ini belum menjawab mengenai dakwaan itu.

Menurut Kempen Kebangsaan Palestin untuk Pengambilan Jenazah Syahid, Israel kini menyimpan 735 jenazah tahanan Palestin, termasuk 67 kanak-kanak.

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan, Israel memiliki hampir 1,500 mayat rakyat Palestin dari Gaza di pangkalan tentera Sde Teiman, Gurun Negev, selatan Israel.

Di bawah perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Hamas dan Israel awal bulan ini, Hamas membebaskan 20 tebusan yang masih hidup dan menyerahkan baki 10 mayat tawanan sebagai pertukaran hampir 2,000 tahanan Palestin.

Perjanjian itu berdasarkan pelan 20 perkara yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang turut merangkumi pembinaan semula Gaza dan penubuhan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN