JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan di kepala sebanyak dua kali selain turut menjalani 32 kali rawatan radioterapi dan lapan kitaran kemoterapi akibat ketumbuhan otak dikenali sebagai Medulloblastoma Cancer. Ibu kepada M. Sai Jeevithasri, 7, iaitu R. Sarahmary, 43, memberitahu, anak bongsu daripada dua beradik itu juga pernah kehilangan daya penglihatan dan pendengaran selain hanya terlantar di katil. Katanya, keadaan anaknya itu bagaimanapun telah menunjukkan perkembangan…