PRN Sabah: Pas tanding 12 kerusi, sasar menang satu - Utusan Malaysia

PRN Sabah: Pas tanding 12 kerusi, sasar menang satu

MOHD. Amar Nik Abdullah semasa Ceramah Umum Sempena Sambutan 70 Tahun Pas Kelantan dan 35 Tahun Membangun Bersama Islam Peringkat Kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mengesahkan parti itu akan bertanding 12 kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.

Naib Presidennya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti lain yang akan menjadi rakan sekutu lain pada PRN tersebut.

“Jadi kita harap pada PRN Sabah nanti, Pas akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi.

“Pas mahu ‘pecah telur’ yang ada di Sabah,” katanya semasa Ceramah Umum Sempena Sambutan 70 Tahun Pas Kelantan dan 35 Tahun Membangun Bersama Islam Peringkat Kawasan Pengkalan Chepa di sini sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 pada 29 November ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November manakala tarikh mengundi awal pula pada 25 November.

Katanya, mesyuarat diadakan susulan SPR menerima pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu.

Pada PRN Sabah itu nanti sebanyak 73 kerusi DUN akan di pertandingkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN