PRN Sabah: BN sudah senarai pendek calon

PRN Sabah: BN sudah senarai pendek calon

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Barisan Nasional (BN) sudah selesai menyenarai pendek calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan bulan depan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon yang akan diumumkan dalam masa terdekat itu kesemuanya telah lulus saringan keselamatan.

“Ibu pejabat BN telah menyenarai pendek semua bakal-bakal calon. Kami hendak pastikan supaya calon-calon yang akan diumumkan ataupun yang akan dijadikan calon bagi pihak BN itu daripada segi saringan keselamatan semua telah lulus.

“Kami tidak mahu ada calon-calon yang ada masalah keselamatan, masalah kebangkrapan atau lain-lain lagi. Jadi kami sudah buat saringan itu di mana sekurang-kurangnya mesti ada lima orang setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang kami saring dan senarai pendek.

“Senarai ini kami dapatkan daripada bahagian-bahagian dan disenarai pendek pula oleh perhubungan ataupun UMNO Sabah serta ibu pejabat melihat dan kami akan menyaring juga katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan DUN Chembong sempena Deepavali di Dewan Orang Ramai Pedas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sesiapa sahaja yang terpilih menjadi calon mewakili parti itu merupakan yang terbaik serta mampu dijadikan wakil parti mewakili kawasan berkenaan nanti.

“Bukan kita hendak suka-suka, hendak jadi calon. Kita hendak calon yang boleh beri kemenangan dan orang rasa selesa untuk memilih beliau ataupun calon-calon tersebut untuk dijadikan sebagai wakil kepada parti untuk mewakili kawasan tersebut setelah pilihan raya nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN