PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada mayat lelaki yang ditemukan di dalam longkang berhampiran Lebuhraya SILK, Sungai Ramal, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pada 2.22 petang berhubung penemuan mayat itu. Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bersama Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor digerakkan…










