NEW DELHI: Polis India menahan pemilik syarikat Sresan Pharmaceutical Manufacturer, pengeluar sirap batuk yang dikaitkan dengan kematian sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak di negeri Madhya Pradesh, menurut pegawai kanan polis. Kanak-kanak terbabit, semuanya berusia bawah lima tahun, meninggal dunia sepanjang bulan lalu selepas meminum sirap batuk yang mengandungi toksik dietilena glikol dalam kuantiti hampir 500 kali ganda melebihi had dibenarkan. Kematian itu dikaitkan dengan sirap Coldrif keluaran Sresan Pharma, yang diharamkan di…