PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PlanMalaysia) menyambut baik resolusi dibentangkan UMNO berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) dalam Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang menyatakan komitmen parti itu mencari penyelesaian terhadap isu pembaharuan semula bandar dan kesejahteraan masyarakat bandar. PlanMalaysia dalam kenyataan berkata, setiap resolusi yang dikemukakan dalam konvensyen termasuk cadangan penambahbaikan RUU PSB akan diteliti supaya seiring dengan prinsip perancangan bandar dan…