KULIM: Sepasang suami isteri warga emas berhadapan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada tali sejauh 30 meter untuk menyelamatkan diri dalam banjir di Kampung Paya Tok Betuk, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Mariam Yahya, 65, dan suaminya, Hussin Junus, 72, dibantu anak dan menantu mereka bertaruh nyawa setelah air mencecah setinggi satu meter di dalam rumah. “Saya dan suami tidak boleh menunggu lama lagi di rumah…









