KUALA LUMPUR: Penyelesaian konflik antara Kemboja dan Thailand akan diputuskan menerusi perundingan serta perjanjian perdamaian dua negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara minggu depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian pertikaian kedua-dua negara itu dibuat secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.
Menurut beliau, penyelesaian konflik menerusi perjanjian perdamaian dijangka disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan beliau sendiri sebagai Pengerusi ASEAN.
“Kerajaan kita bantu menyelesaikan pertikaian sempadan antara Kemboja dan Thailand
“Seperti yang sedia maklum, perbincangan awal telah diadakan di Kuala Lumpur melibatkan ketua-ketua pasukan bersenjata kedua-dua negara, Menteri Luar Kemboja dan Thailand, serta Menteri Pertahanan Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini . – UTUSAN










