MENTION2025 pacu transformasi dan kesejahteraan masyarakat melalui komunikasi strategik - Utusan Malaysia

MENTION2025 pacu transformasi dan kesejahteraan masyarakat melalui komunikasi strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berusaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju ilmu dalam bidang media dan komunikasi di rantau ini, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2025 (MENTION2025) bermula 27 hingga 30 Oktober di Menara AFFIN, Tun Razak Exchange (TRX).

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Ahmad Fahmi Fadzil, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan komunikasi strategik dalam membentuk masyarakat berinformasi, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran era digital.

Edisi kali ini menghimpunkan lebih 80 peserta dan pembentang termasuk ahli akademik, pengamal industri, pembuat dasar serta wakil komuniti dari dalam dan luar negara.

Antara tokoh utama yang hadir ialah Prof. Dr. Michael Chan dari Chinese University of Hong Kong dan Dr. Veysel Binbay dari Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU), yang berkongsi pandangan mengenai inovasi dalam strategi komunikasi sosial di peringkat global.

Bertemakan “Media dan Komunikasi untuk Perubahan: Memacu Transformasi dan Kesejahteraan Masyarakat,” persidangan ini juga memberi tumpuan kepada komunikasi perubahan tingkah laku sosial (Social and Behaviour Change Communication – SBCC) sebagai pemangkin kepada transformasi positif masyarakat.

Menurut Pengarah MENTION2025, Dr. Arina Anis Azlan, persidangan ini bukan sahaja menjadi wadah ilmiah, tetapi juga platform memperkukuh jaringan antara penyelidik, pembuat dasar dan pengamal industri dalam merangka pendekatan komunikasi yang lebih berkesan dan lestari.

Sementara itu juga usaha ini diharap dapat menyumbang kepada penghasilan dasar, amalan dan penyelidikan yang menyokong kesejahteraan masyarakat di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN