Malaysia kekal tegas isu Myanmar - Anwar

Malaysia kekal tegas isu Myanmar – Anwar

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia terus bertegas dalam menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di Myammar sambil mengekalkan hubungan diplomatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun isu Myanmar kekal kompleks, Malaysia tidak akan berganjak daripada Konsensus Lima Perkara (5PC) yang ditetapkan.

Katanya, Malaysia bersama beberapa negara anggota sudah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Myanmar dalam usaha mencari penyelesaian damai terhadap konflik yang berlarutan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

“Saya sendiri sudah bertemu secara dalam talian dan fizikal dengan para pemimpin Myanmar di Bangkok serta Beijing.

“Ini menunjukkan kesungguhan kita mengekalkan hubungan baik tanpa mengabaikan prinsip,” katanya dalam sidang media Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Anwar berkata,  pendekatan diplomasi berterusan itu menunjukkan perkembangan positif apabila konflik di Myanmar semakin berkurangan berbanding beberapa tahun lalu.

“Sejak setahun lalu, setelah kita campur tangan dan berbincang dengan mereka, serangan semakin berkurangan.

“Memang ada satu dua insiden, tetapi tidak seteruk dua tiga tahun lalu apabila kampung dimusnahkan dan ratusan ribu pelarian terpaksa melarikan diri,” katanya.

Katanya, keadaan di Myanmar masih perlu diberi perhatian kerana pelanggaran hak asasi manusia masih berlaku, walaupun pada kadar yang lebih rendah.

“Masih berlaku, dan kita tetap kesalkan, tetapi jauh lebih kurang daripada sebelumnya.

“Sebab itu hubungan kita dengan Myanmar diteruskan, namun belum sampai ke tahap tuntas kerana kita masih terikat dengan lima perkara yang sudah disepakati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN