PETALING JAYA: Mahkamah Agung Sepanyol menolak rayuan akhir penimbang tara Sulu, Gonzalo Stampa, sekali gus mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya. Keputusan muktamad itu dibuat sebulat suara oleh lima orang hakim Mahkamah Agung Sepanyol pada 8 Oktober lalu, menandakan tamatnya semua prosiding jenayah terhadap Stampa di negara tersebut. Dengan keputusan itu, hukuman penjara enam bulan serta larangan selama setahun daripada bertindak sebagai penimbang tara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Madrid pada 22…