Lelaki Thailand tawar khidmat besarkan zakar dakam kereta

Lelaki Thailand tawar khidmat besarkan zakar dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Bangkok menahan seorang lelaki warga Thailand kerana didakwa menawarkan perkhidmatan membesarkan zakar secara haram kepada pelanggan dalam kereta.

Lelaki itu dikesan mengiklankan perkhidmatan tersebut di aplikasi TikTok dan menjalankan prosedur tidak sah di dalam kereta.

Bahagian Perlindungan Pengguna Polis (CPPD) sebelum ini memantau iklan perkhidmatan perubatan tanpa lesen dalam talian dan menemukan akaun TikTok Yai Modify, yang menawarkan suntikan kemaluan dan pembesaran zakar tanpa permit.

Siasatan kemudian mengenal pasti pemilik akaun itu sebagai Pittaya, 51, yang dilaporkan mengatur temu janji dengan pelanggan di pelbagai lokasi, malah kadangkala menjalankan prosedur tersebut di dalam kenderaannya.

Pada 18 Oktober, pegawai penguat kuasa mendapat maklumat mengenai kegiatan suspek yang dilaporkan menuju ke wilayah Kalasin di Isaan untuk bertemu seorang pelanggan di Terminal Bas Mo Chit 2, Bangkok.

Dia ditemui berhenti di tepi Jalan Kamphaeng Phet 6 di daerah Chatuchak, di mana merancang untuk menjalankan prosedur tersebut di dalam kenderaannya.

Pegawai kemudian melakukan pemeriksaan dan menahan suspek di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan menemukan 39 bahan bukti, termasuk manik mutiara, ubat bius, bekalan perubatan, peralatan pembedahan serta kelengkapan lain yang digunakan bagi prosedur pembesaran zakar.

Suspek mengaku bukan pengamal perubatan dan tidak memiliki sebarang lesen.

Dia turut mengakui menawarkan khidmat berkhatan dan pembesaran zakar sebagai pekerjaan sambilan sejak kira-kira setahun lalu.

Menurutnya, kemahiran itu diperoleh melalui sumber dalam talian sebelum dijadikan punca pendapatan.

Dia menawarkan perkhidmatan dari rumah ke rumah atau di dalam kereta di sekitar Bangkok dan beberapa wilayah lain, dengan alasan lebih mudah bagi pelanggan serta membantu mengelak dikesan pihak berkuasa.

Suspek mengenakan caj 1,000 baht (RM129) bagi setiap manik, 5,000 baht (RM647) untuk khatan, dan 10,000 baht (RM1,294) bagi suntikan pembesaran zakar.

Pittaya didakwa atas kesalahan menjalankan amalan perubatan tanpa berdaftar atau kebenaran, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum 30,000 baht (RM3,884), atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 26 Akta Profesion Perubatan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN