KRW FC terus 'kemarau' kemenangan - Utusan Malaysia

KRW FC terus ‘kemarau’ kemenangan

AIMAN Joanny (kiri) cuba melepasi pemain JDT II pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Red Warrior (KRW FC) gagal menamatkan keramau kemenangan apabila terikat tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi Liga A1 Semi,-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, di sini malam tadi.

Beraksi dilaman sendiri KRW FC tampil memperoleh dua peluang terbaik untuk menjaringan gol masing-masing pada minit ketujuh dan kelapan, namun kesempatan tersebut gagal dimanfaatkan oleh Muhammad Rizuan Muda.

KRW FC meneruskan penguasan perlawanan dan hampir memecah kebuntuan jaringan namun peluang terhidang yang dimiliki pada minit ke-11 menerusi Muhammad Zuasyaraf Zulkiefle gagal disempurnakan dengan baik.

JEAN Franco Casquet Granja (kanan) mengawal bola daripada dirampas Abdul Latiff Suhaimi pada aksi Liga A1 Semi-Pro KRW FC menentang JDT II di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Tertekan dengan asakan tuan rumah, JDT II kembali bangkit menerusi dua peluang keemasan pada minit ke-20 dan 25 masing-masing menerusi Fakrul Haikal Razali namun gagal menewaskan Shafiq Afifi Suhaimi digawang gol KRW FC.

Selepas itu, kedua-dua pasukan gagal menterjemahkan deretan peluang ke dalam bentuk jaringan menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat perlawanan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus memperagakan aksi hambar apabila setiap peluang terhidang gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Peluang terbaik KRW FC memecah kebuntuan hadir pada minit ke-80, namun sepakan percuma Mohd. Faiz Nasir terus kedapakan penjaga gol JDT II Zulhilmu Sharani.

Dua minit berselang, pelawat dirundung malang apabila Pavithran Gunalan dilayangkan kad merah selepas mengasari Arham Khusairi Ab Wahab sekali gus menyaksikan
JDT II terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Tuan rumah terus kempunan mendapat jaringan selepas sepakan lencong Emmanuel Mbarga sedikit tersasar dari gawang gol JDT II pada minit ke-84 sekali gus menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat perlawanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN