Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur beri penjelasan - Utusan Malaysia

Kibar bendera Israel di Sungai Kelantan, penganjur beri penjelasan

TANGKAP layar yang menunjukkan bendera Israel dikibarkan semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza di Sungai Kelantan, di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan sebuah bot mengibarkan bendera Israel semasa program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan Untuk Gaza pada Jumaat lalu di Sungai Kelantan hanyalah gimik lakonan semula kekejaman rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Terdahulu video tersebut tular di aplikasi Tiktok dan media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan perdebatan hangat dalam kalangan penduduk di negera ini.

Pengarah Program, Mohd. Khairul Hafiz Hassan berkata, ia bertujuan memperlihatkan tindakan ganas yang telah dilakukan oleh tentera Zionis semasa menyerang sukarelawan GSF baru-baru ini serta kekejaman ke atas penduduk Palestin.

“Jangan hanya menilai dengan melihat keratan video pendek yang dikongsi di media sosial. Penduduk yang hadir tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Kebanyakan warganet yang memberi komen negatif tidak hadir ke lokasi semasa hari program. Persembahan hari itu melibatkan nyayian, bacaan doa Qunut Nazilah, adegan tembak menembak, tentera Israel mati. Selepas itu bendera Zionis dicabut dan dipijak-pijak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Khairul Hafiz memberitahu, pihaknya tidak mempunyai niat lain yang menyinggung mana-mana pihak dan lebih kepada menunjukkan realiti sebenar kekejaman Zionis di Palestin.

Utusan Malaysia pada Jumaat lalu melaporkan, laungan solidariti selamatkan Palestin berkumandang menyusuri Sungai Kelantan yang melibatkan perarakan sebanyak 790 buah bot.

Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza sejauh kira-kira tujuh kilometer itu bermula dari Jeti Pulai Pisang sehingga ke Lembah Sireh di sini, bermula pukul 4.30 petang.

Bot berkenaan belegar-legar di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra sambil mengibarkan bendera Kelantan dan Palestin. Ribuan pengunjung dari pelusuk negeri datang menyaksikan perarakan bot berkenaan.

Penganjuran program itu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza daripada terus ditindas Israel.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN