IPOH: Keputusan ujian sampel air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik yang disyaki tercemar selepas airnya bertukar warna seperti air laut dijangka diketahui pada Isnin ini. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, siasatan sedang dijalankan oleh beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Katanya, walaupun keadaan air sungai di kawasan…










