Kelantan ajak rakyat boikot produk Israel,  solidariti untuk GSF serta rakyat Palestin

Kelantan ajak rakyat boikot produk Israel,  solidariti untuk GSF serta rakyat Palestin

MOHD. Nassuruddin Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajan Kelantan mengajak rakyat negeri ini untuk terus memboikot produk Israel sebagai tanda bantahan ke atas kekejaman ke atas sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang mahu menghantar misi ke Gaza serta penyiksaan terhadap rakyat Palestin.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya turut mengecam tindakan Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Marilah kita bersatu hati memperkukuh solidariti dengan terus bersuara, meningkatkan kesedaran, memboikot produk yang berkaitan dengan Israel.

“Pada masa sama, teruskan berdoa dan menunaikan Solat Hajat agar saudara kita di Palestin dan para sukarelawan misi ini dikurniakan keselamatan serta kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, misi kemanusiaan yang disertai sukarelawan daripada 46 buah negara, termasuk 26 rakyat Malaysia termasuk rakyat negeri ini dilaksanakan secara aman tanpa membawa sebarang senjata.

Katanya, misi itu hanya membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan, namun tetap dihalang dan sebahagiannya telah ditahan.

“Saya menzahirkan solidariti penuh bersama seluruh peserta GSF dan rakyat Palestin. Tindakan biadab Israel ini bukan sahaja mencabuli prinsip kemanusiaan sejagat, malah menafikan hak asasi rakyat Palestin untuk menerima bantuan asas bagi meneruskan kehidupan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN