KUALA LUMPUR: Kejadian tikam membabitkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi tadi berlaku ketika mangsa berada di luar kelas.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pelajar tingkatan empat itu maut di lokasi selepas kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
“Tangkapan telah dibuat terhadap seorang suspek berusia 14 tahun dan motif kejadian ini masih dalam siasatan.
“Kejadian yang berlaku ini agak menyedihkan dan maklumat lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan di kemudian masa,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Kempen Anti-Buli di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.-UTUSAN.