KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk meminda Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) dengan memasukkan dadah jenis sintetik baharu New Psychoactive Substances (NPS). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu penting agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemilikan dan pengedaran dadah sintetik terkini. “Begitu juga dengan pindaan Jadual Pertama dan Ketiga Akta Racun 1952 supaya kawalan terhadap prekursor kimia yang digunakan untuk memproses…