Israel sahkan 13 lagi tebusan diserah kepada Palang Merah

Israel sahkan 13 lagi tebusan diserah kepada Palang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pihak Berkuasa Penyiaran Israel mengesahkan baki 13 tebusan yang masih hidup diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), hari ini.

Proses itu dijangka berakhir dengan penyerahan mereka kepada tentera Israel dalam masa terdekat.

Perkembangan itu berlaku serentak dengan ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di Israel, yang dianggap bukan kebetulan oleh pemerhati politik antarabangsa.

Dengan pembebasan terbaharu, proses penyerahan semua tebusan Israel yang masih hidup hamper selesai.

Bagaimanapun,masih terdapat 28 mayat tebusan Israel yang dipercayai berada di Gaza.

Setakat ini, belum dipastikan berapa jumlah mayat yang akan dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.

Pihak berkuasa Israel, AS dan pengantara menjangkakan proses pemulangan kesemua mayat mungkin sukar dilaksanakan sepenuhnya hari ini.

Hal ini disebabkan oleh faktor logistik termasuk kemusnahan teruk di Gaza dan kehadiran berterusan pasukan tentera Israel di wilayah tersebut.

Usaha mencari dan mengenal pasti lokasi mayat turut dianggap rumit, dan berkemungkinan memerlukan bantuan serta kepakaran pihak luar.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN