KUALA NERUS: Di sebalik keindahan seni batik yang menjadi kebanggaan budaya negara, kerjaya sebagai pengecop batik tradisional semakin terpinggir apabila generasi muda kurang berminat meneruskan legasi tersebut. Mohd. Fuad Musa, 58, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengecopan batik, kini menjadi satu-satunya pekerja di sebuah bengkel batik tradisional di Seberang Takir, di sini. Katanya, tiada golongan muda yang tampil untuk belajar dan menguasai kemahiran mengecop batik walaupun ia adalah…