Guru bunuh murid dipenjara seumur hidup

Guru bunuh murid dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru selepas disabitkan membunuh murid berusia lapan tahun pada Februari lalu.

Tertuduh, Myeong Jae-wan, 48, dipercayai memujuk mangsa, Kim Hae-neul, masuk ke bilik darjah di sebuah sekolah di bandar Daejeon, sebelum menikamnya hingga mati.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman mati terhadap Jae-wan, atas permintaan keluarga mangsa supaya hukuman berat dikenakan.

Bagaimanapun, mahkamah berkata walaupun tertuduh berisiko mengulangi jenayah, ia sukar untuk memutuskan dia perlu dihukum mati.

Jae-wan berkata, dia akan menyesali kesalahannya sepanjang hayat dan mendakwa pertimbangannya terganggu ketika menikam mangsa kerana sedang menjalani rawatan kesihatan mental.

Sebelum ini, tertuduh memohon cuti selama enam bulan atas alasan kemurungan, tetapi kembali ke sekolah dalam tempoh 20 hari selepas dinilai layak bekerja oleh seorang doktor.

Pejabat Pendidikan Daejeon berkata, tertuduh menunjukkan tingkah laku agresif beberapa hari sebelum kejadian, termasuk memeluk seorang guru lain secara paksa.

Jae-wan memberitahu polis, dia membeli senjata pada hari serangan dan membawanya ke sekolah dengan niat untuk membunuh diri dan seorang murid secara rambang.

Mahkamah memerintah Jae-wan memakai alat pengesan elektronik selama 30 tahun.

“Sebagai guru, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa, tetapi dia melakukan jenayah kejam, di mana kanak-kanak tidak dilindungi di tempat yang sepatutnya selamat,” menurut penghakiman mahkamah, kelmarin.– BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN