SHAH ALAM: Tindakan tentera rejim Israel menahan rakyat Malaysia yang terlibat dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza disifatkan sebagai cubaan mencabar kedaulatan negara ini. Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan tersebut juga dilihat dengan sengaja mempersenda nilai kemanusiaan sejagat. Katanya, Malaysia tidak wajar duduk diam atau bersikap pasif apabila rakyat ditahan secara tidak adil kerana ia merupakan suatu pengkhianatan…