MANILA: Filipina sekali lagi berdepan gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud yang melanda perairan selatan, meragut sekurang-kurangnya dua nyawa serta merosakkan hospital dan beberapa sekolah. Gegaran yang berlaku pada Jumaat turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan mencetuskan amaran tsunami yang menyebabkan penduduk di kawasan pantai berdekatan berpindah ke tempat selamat. Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) pada awalnya memberi amaran gempa bumi itu berpotensi mencetuskan ombak setinggi satu hingga tiga meteri…