Fasilitator ditahan berhubung kes cabul murid dalam kem motivasi

Fasilitator ditahan berhubung kes cabul murid dalam kem motivasi

SEORANG fasilitator ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun ketika program kem motivasi di sebuah kem motivasi di Kampung Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang fasilitator lelaki berusia 33 tahun ditahan polis malam tadi selepas disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun ketika program kem motivasi di sebuah kem motivasi di Kampung Genting, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 12 Oktober lalu dalam satu program motivasi membabitkan sebuah sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak.

Menurutnya, suspek yang juga merupakan fasilitator jemputan dikatakan bertindak mencabul mangsa di asrama penginapan kem motivasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku semasa peserta kem sedang tidur pada waktu tengah malam di dalam dorm yang menempatkan murid lelaki dan suspek dikatakan telah menyentuh bahagian badan keempat-empat mangsa tanpa kerelaan mereka,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, hari ini.

Sazalee berkata, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada guru besar selepas pulang dari kem berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam oleh guru besar berkenaan di Balai Polis Bagan Serai, Perak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN