KUALA LUMPUR: Dua pegawai bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 23 pertuduhan rasuah berjumlah RM107,000 kerana membantu proses pinjaman peribadi melebihi had kelayakan. Tertuduh, Syed Mohd Muhaimin Syed Mohd Mashrof, 42, dan Zayme Zanee Othman, 43, yang kini digantung tugas mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan, Syed Mohd Muhaimin yang ketika kejadian bertugas sebagai…









